Archive for 2013

Pandangan orang terhadap PR & BN

Its been a year that i haven't post anything on this blog. well i'm not pretty sure what to post as this blog is only a test ground. however i thinking to post something and i came up with this idea, a post about politics. This is because GE is coming and I also want to give opinion and views about it.
Gonna post in Malay language so that every Malaysian can read it.lol. btw sorry for my malay language as i'm not very good with it.

p/s : ini hanyalah pandangan saya terhadap suasana politik di sekitar saya (perbualan mulut, forum, media sosial & kempen politik) dan tidak berdasarkan apa2 kajian. harap maklum.

not my gambar 1.jpg
Kenapa orang suka BN?

>BN sudah memerintah sejak merdeka lagi dan ramai yang membuat pilihan selamat dengan memilih BN. 
>mereka membuat demikian kerana ingin kan keadaan yang stabil dan ingin hidup dengan aman, tanpa memikirkan benda2 yang perlu untuk sebarang acara menentang kerajaan.
>Kebanyakkan penyokong BN adalah golongan yang 'offline', atau pun golongan lama, yang jarang/tidak/sukar menggunakan internet mencari sumber alternatif.
> Mereka ini terdedah dengan media arus perdana yang rata-ratanya dikawal kerajaan.
>BN mempunyai matlamat yang jelas dan sehaluan, walaupun BN terdiri daripada pelbagai parti politik. 
>Sudah biasa dengan sistem BN dan percaya sistem ini hanya perlu diperbaiki dari masa ke semasa, bukan nya dengan menjatuhkan BN dan membina kerajaan baru semula dari bawah.
>Membela kaum majoriti, iaitu kaum Melayu dengan pelbagai skim subsidi, elok dari kewangan hinggalah kepada pendidikan. 
>Risau dengan perubahan yang mungkin menyusahkan mereka. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




credit to /k/ for the pic
Kenapa orang tak suka BN?

>Majoriti orang tidak suka kepada BN adalah kerana rasuah, Hudud, & kroni. 
>Menyatakan bahawa negara mengalami kerugian yang tinggi setiap tahun kerana rasuah dan apabila rasuah dapat ditentang (dengan menjatuhkan BN), wang tersebut boleh diguna pakai untuk membantu rakyat. 
>Sama juga dalam kes kroni, apabila tender dilakukan dengan lebih transparent, ia dapat mengelakkan songlap yang membebankan rakyat dan juga belanja lebih.
>Hudud juga menjadi agenda besar dalam menaikkan penolakan rakyat terhadap BN apabila BN dikatakan sebagai tidak Islamik kerana tidak melaksanakan hudud. Rakyat Malaysia yang majoritinya adalah muslim sangat peka terhadap isu hudud ini memandangkan hudud merupakan satu kemestian dalam agama mereka.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Not my gambar 2.jpg


Kenapa orang suka PR?

>Satu-satunya alternatif lain yang dipercayai berupaya melawan kerajaan BN.
>Strategi manifesto yang bernas dan memenuhi kehendak kebanyakan rakyat.
>Kebanyakkan penyokong PR adalah golongan 'online' & rata-rata mereka adalah golongan muda & intelek.
>Bosan/tertekan dengan taraf kehidupan sekarang yang dikatakan mahal dan menyatakan BN menjadi puncanya.
>Tidak setuju dengan konsep kaum dimana bumiputra mendapat lebih bantuan berbanding bangsa lain & bosan dengan perjuangan berasaskan kaum.
>Penyokong hudud memandangkan parti PAS yang memperjuangkan hudud ada di dalam PR.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

not my gambar 3.jpg



Kenapa orang tak suka PR?

>Malaysia yang sudah lebih 50 tahun mengamalkan politik berasaskan kaum menjadikan ramai yang kurang biasa dengan pemerintahan PR yang tidak bias kepada kaum. 
>PR adalah gabungan 3 parti politik dan setiap parti mempunyai agenda masing-masing dan ternyata tidak sehaluan berbanding BN dimana walaupun terdiri lebih dari 3 parti politik, mereka mempunya agenda yang sehaluan dan mempunyai satu matlamat yang jelas.
>Menyangka DAP, iaitu salah satu parti dalam PR bersangkut paut dengan PAP Singapura dan menganggap jika DAP berkuasa, ia ibarat Singapura menguasai Malaysia.
>Ramai masih lagi anti-Anwar Ibrahim yang rata-ratanya penyokong Dr. Mahathir sewaktu masa dahulu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 


and the list goes on.


Give your opinion and views at the comment section. You also can add up the list if you want :)



Popular Post

Followers

Powered by Blogger.

- Copyright © 2013 This is my result -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -